Wednesday, February 2, 2011

Blues Sekolah

Hari ini roda motor gua menghala ke satu tempat:
Sekolah.

Gua sekolah setahun je di sini, ambil stpm.
Tapi gua sangat terasa membesar di sini.

Di sinilah gua ada rakan kelas yang siang ke sekolah, petang bekerja kerana keluarga susah. Ada yang meniaga pasar malam, kerja Mc Donald, pelbagai. Ada yang sudah berkali repeat paper. Sebab sekolah ni jugalah gua ada lebih ramai kawan India dan cina.

Jadi hari ni sebaik melangkah je di pintu sekolah gua bagai dicampak ke dimensi kenangan. Gua blues beb. Aduhai tempat jatuh lagi dikenang ye tak?

Sebaik gua turun motor dan berjalan masuk ke pintu pagar ia adalah bagai menekan butang 'play' nostalgia.

Hari pertama gua dengan baju dan seluar putih menunggu di pejabat sekolah.
Lalu disapa listrik kandis magikal violet.
Hari-hari seterusnya adalah puisi. Hidup gua umpama puisi.

Indah.
Misteri.
Melankoli.
Violet.



Gua jumpa 3-4 guru bertukar salam, senyuman dan khabar.
Gua lepak di pusat sumber.
Gua lalu satu kelas. Dan gua lalu lagi.
Gua tahu ini semua bayangan.
Gua menanti listrik violet itu menimpa lagi.
Tapi itu tak mungkin. Ia telah berlalu.

Kata pak hamka masa muda bukan masa untuk berkenang-kenangan.
Tapi hari ini gua berkenangan sampai jam 2 petang.
Orang yang hidup dalam kenangan adalah orang yang mati sebelum mati.
Gua kuatkan hati. Gua mesti melangkah ke depan.

Gua start motor dan tak pandang belakang lagi.
Gua ada kareer, ramai manusia kelaparan yang mahukan pizza.
Mereka perlukan gua.

No comments:

Post a Comment