Saturday, January 29, 2011

Aku Menjadi Lebih Berani

Kali ini
kau berbaju biru
dan bajuku ungu
sayang, hanya aku tahu
hatimu
tidak setulus hatiku
yang berbaju ungu.

Bila begini, sebilah pisau aku tidak gentar
sepatah kata,
bisa, aku merasa.
Hati dan rasa mengejarku
aku menjadi lebih berani.


Latifah Haji Shebli
Anak Laut,
DBP, 2000



Puan Suzi, Cikgu BM kelas 4 Alfa Beta meminta Amir menulis puisi ini di papan hitam dalam masa yang sama meminta Naza membacanya dengan kuat di depan kelas.

Ini adalah salah satu aplikasi teori pedagogi yang Puan Suzi jalankan, melibatkan pelajar pada tahap optimum dalam P&P.

Selesai Naza membaca.

"Ok terima kasih Amir, Naza. Kelas, apa yang kamu mengerti dari sajak ini?" tanya Puan Suzi.

Simbol "?" adalah sejenis simbol sihir yang akan membuat kelas 4 Alfa Beta sepi, hening, murid-muridnya tertunduk bagai kata orang tua: malaikat lalu. Syahdu.

Puan Suzi, "Samad, kamu buat apa tu?"
Tiba-tiba beliau menyergah seorang murid yang sedang membuat kerja rumah prinsip akaun.

"Baki dibawa kehadapan 481.45sen!... eh bukan..." ribut Samad.

"Samad! Ke depan sekarang. Baca dan beritahu kelas apa yang kamu faham tentang puisi ini?" tegas Puan Suzi yang tak mahu melengah masa yang terhad untuk mengejar silibus.

Lalu Samad ke depan dengan kalkulator Casio 571-ms, satu tindakan bawah sedar yang diperan oleh bahagian otak medula oblongata.

Samad adalah anak emas sekolah dikatakan beliau akan mengambil 19 subjek dalam SPM nanti.

Puan Suzi memanggil Samad ke depan agar Samad dapat memberi perhatian kepada kelasnya bukan untuk menghukum.

"Ha apa yang kamu faham? Cepat." desak Puan Suzi.

"Cikgu, menurut pendapat saya ini puisi cinta. Rangkap pertama kita boleh tahu seorang itu Pengawas (baju biru) dan penulis sajak ni Pengawas PRS (pembimbing rakan sebaya, baju ungu).

Penulis Pengawas PRS sebagaimana yang kita tahu banyak terdedah dengan kaunseling dan psikologi dia dapat detect temannya yang pengawas itu tak jujur dalam percintaan. Pengawas tu mungkin mengugut penulis Pengawas PRS dengan pisau.

Tapi seperti saya kata tadi PRS yang terel dalam motivasi tak gentar bahkan menjadi lebih berani....." jawab Samad lelucon.

Puan Suzi hanya menggelengkan kepala.


Erman: Aku belajar puisi ini di bangku sekolah menengah. Ahh dunia sekolah begitu indah, magis, riang, dan kadangkala tidak masuk akal.

Friday, January 28, 2011

Lost Champs Last

Bak kata pepatah, 'Belakang parang diasah lagikan tajam...'
Jadi inginlah gua berkongsi sedikit apa yang gua pelajari.

Syukur alhamdulilah. Mentor untuk operator training, Encik Dani seorang yang begitu menghiburkan dalam penyampaiannya. Maka tiadalah petangku umpama orang mengantuk lagi disorongkan bantal. Hati yang tercuit membulatkan mata.

CHAMPS LOST dan LAST adalah mnemonik yang aku pelajari hari ini tentang customer service.

Apa itu CHAMPS?

Jangan silap dengan CHAMP inovasi Randall Spick tentang teamwork (Conversation, Help, Activity & Movement), CHAMPS adalah:

C- Cleanliness/ Kebersihan
H- Hospitality/ Perkhidmatan
A- Accuracy/ Ketepatan
M- Maintenance / Penyelenggaraan
P- Product / Produk
S- Speed / Pantas

Namun oleh kerana interaksi operator adalah in-direct oleh itu apa yang diutamakan adalah H, A dan S. Interaksi perlulah H- berbentuk khidmat, A- tepat, dan S- pantas. CHAMPS adalah satu standard yang diguna pakai untuk xoxo Pizza.

Apa pula LOST dan LAST?
Mnemonik LOST dan LAST pula adalah dua cara operator menangani aduan pelanggan.

LOST sebagaimana nuansa frasa itu yang negatif adalah cara yang patut dihindarkan oleh operator. Yakni:

L-listen. Operator mendengar aduan
O- oh my god. Operator terkedu/ atau menyumpah
S- silent. Operator tak membalas respon
T- terminate. Operator terus menutup talian.

Tindakan lost ini bagai kata orang tua-tua, 'wau melawan angin' yakni sia-sia. Oleh kerana setiap perbualan operator adalah dirakam, tindakan lost bakal mengundang angin marah officer anda maka bak kata pepatah, 'kerana santan pulut binasa, ....'. 

LAST adalah cara yang sepatutnya bagi operator menangani aduan dan sebagaimana frasanya, bak kata orang puteh it will make relationship with customer long lasting.

L- listen.
A- apologize.
S- satisfy
T- thank you.


Respon pertama ketika menerima aduan adalah:
L-listen. Dengar. Dengar luahan pelanggan.

setelah itu apa yang perlu dilakukan adalah:

A- apologize. Mulakan dengan frasa "Minta maaf encik,..." Walaupun bukan salah operator tetapi besarkan jiwa untuk mengucap frasa magis ini. Ia adalah perkataan yang akan membuang 30-45 peratus kemarahan pelanggan dan meredakan ketegangan. Bak kata tetua, "Ular menyusur akar, hilangkah bisa?"

S- satisfy. Ucapkan perkara yang menyenangkan pelanggan seperti, "Ya kami akan lakukan sesuatu".

T- thank you. Ucapkan terima kasih. Daun keladi lagi disambut orang, inikan pelawa kasih dari hati.

Last adalah etika yang bagai kata pepatah 'ular biar mati, tanah jangan lekuk, buluh jangan pukah' atau maksudnya lebih kurang win-win situation dan penyelesaian damai antara customer dan xoxo Pizza.

Sekian sahaja tulisan hamba untuk hari ini. Maaf agak rakus dengan peribahasa dan istilah.
Assalamualaikum.

Thursday, January 27, 2011

Hujan


Hujan ceria
menggamit nostalgia
menyudut hati


Satu - persatu

saat - persaat

momen - permomen

masa bagai menghenti diri


Hujan
rintik-rintiknya-
aroma
melegar harum

rintik-rintiknya-
orkestra
filharmoni
gubahan Tuhan


Hujan
bawa nyaman
bawa segar
ke hatiku.

-Erman, 27.01.2011
Di bawah bumbung langit.

Wednesday, January 26, 2011

xoxo Pizza. May I take your order?

Lirik lagu tema hari ini adalah:

Yeay, yeay esok kerja
Esok kerja yeay
Esok kerja yeay.

Sambil gosok baju. Sambil berjalan. Aku menyanyi.
Walaupun kerja aku cuma operator telefon, gumbira aku adalah tidak terkata.

 Sketsa-sketsa yang pernah disampaikan oleh Yop yang pernah part-time operator telefon Pizza ini kembali bermain di cakera keras kepala aku.

Sketsa 1

Operator:  xoxo Pizza. May I take your order?
Caller     : Abang nak tanya sikit?
                (caller seorang budak)
Operator: Ya dik. Boleh abang bantu?
Caller     : Abang ke yang bawa motor berapi tu?
            (merujuk kepada iklan pizza di tv ada rider delivery yang berapi-api)
Operator: ................

Sketsa 2

Operator: xoxo Pizza. May I take your order?
Caller     : Aloo... saya tadi ada order pizza.
               (caller adalah seorang berbangsa cina)
Operator : Ya, kenapa encik? Pizza ada masalah?
Caller    : Tada... pizza ok. Tapi you ada nampak saya punya anjing tak?
                Tadi masa rider you hantar pizza anjing saya ada.
                Rider you ada ambil anjing saya ka?
Operator:.....................

Sketsa 3

Operator: xoxo Pizza. May I take your order?
Caller    : xoxo Pizza. Saya nak baki duit saya!
               Tadi delivery pulangkan baki tak cukup.
               Saya nak duit saya balik!
Operator : Bersabar encik. Saya akan hubungi rider untuk pulangkan baki encik.
                   Mungkin dia tersilap terkira. Berapa ringgit baki yang kurang ya?
Caller      : Baki saya kurang 10 sen.
Operator :........................

Selamat bertugas! Hidup mesti semangat.
Sekian, Assalamualaikum. 

Monday, January 24, 2011

"May I know who is speaking there?"

Elok selesai solat asar, henfon aku bergetar.

Wanita: Hello. Is this Erman xoxo (nama mengikut ic)?

Aku: Yes this is Erman xoxo speaking.

Wanita: This is a phone interview. Ok, tell me about yourself.

Aku: Sure. I'm Erman. 25 years old. A fresh grad. Just receive my bachelor degree in chemical engineering last november and currently seeking an entry to launch my career  that best suit my chemical engineering knowledge.

(Dengan konfiden aku menjawab. Lama dah berlatih, ada peluang ni gua tibai cukup-cukup)


Wanita: Oh. Actually I'm Ms Diana, calling from xoxo Pizza HQ.

Aku:...... (Malu dua saat disitu)

Inilah kata orang tua-tua, "Malu bertanya sesat jalan."

Pengajaran- kalau ada phone interview, anda haruslah mulakan dengan,

"May I know who is speaking there?" 


Walaubagaimanapun, alhamdulilah.
Kata keramat hari ini oleh Ms Diana, "Ok you may start working on Wednesday"

Kerja pertama di Call Center?
Apapun ini berita gembira buat aku.

Hampir 2 bulan asyik mengepau duit ibu bapa, panggilan petang ini satu panggilan penting buat aku untuk jadi insan berguna.

Biarlah mula dari bawah. Bak kata orang tua:

Berakit-rakit ke hulu,
berenang-renang ke tepian...

Ayat seterusnya?
Aduhai, sudah gaharu cendana pula.

Sekian sahaja, coretan hamba untuk hari ini. Assalamualaikum.

Sunday, January 23, 2011

Ngilu

Padu.... memang padu.

Minggu ini aku betul-betul menghayati lagu Butterfingers.
Lagu ini memerlukan penghayatan oleh gigi geraham anda.
Pernahkah anda mengalami sakit gigi? Gusi bengkak selama seminggu. Kemudian perlu dicabut gigi geraham itu? Dokter 3 kali tukar playar sebelum berjaya mencabut gigi geraham itu. Rongak... rongak gigi anda. Berdarah malam anda perlukan tuala.

Pernahkah?

Jika belum pernah, bermaksud anda belum lagi menghayati lagu ini sepenuhnya.
Maksud aku 3 baris pertama lagu ini.

Lagu ini mungkin mengisahkan kehidupan artis (atau artis indie khususnya atau butterfingers sendiri) buat show, lagu dimainkan di sana sini tapi tidak dihargai dari segi penghargaan material.

Rangkap pertama lirik memaparkan penderitaan. Derita beb sakit gigi.

Rangkap kedua lirik memaparkan perasaan malu. Wa malu beb, 2 nurse dalam operation room. Terpaksa Wa gagahkan juga diri. Oh kalau dalam lirik ni mungkin malu untuk minta bayaran show/royalti. Itulah indie pun indie juga, tapi jatidiri melayu yang kaya dengan sifat malu masih berakar di situ. Respek!

Rangkap akhir lirik ini agak bernada sayu seperti mengisyaratkan ingin mengundur diri dari dunia muzik kerana keperluan hidup iaitu wang. Rongak gigi beb, RM 140 satu batang gigi!

Ni video Wa kutip dari youtube hasil kerja budak MMU. Memang padu video. Tabik!
Wa rasa gist lirik memang diterjemah dengan baik ke layar.
Wa suka metafora dan simbolisme video ni.

Driller = Mikrofon.
Pinggan mangkuk = drum.

Artis perlu modal. Drum tu dah berapa riban, gitar, bassist, keyboard.
Pendek kata padu... memang padu.


Ngilu - Butterfingers

Malam ngilu mengasyikkan
Rongak gigi sendiri
kini aku dibelenggu

Malu bertanya takut malu
Menconteng arang
Cakerawala
Kini aku muflis

Hidup mati muzik
Bangun tidur muzik
Cuba bernafas
Ralat itu normal
Maafkanlah hamba
Hamba pun hamba wang pada zahirnya


Erman: Gua cabut gigi petang semalam.

Saturday, January 22, 2011

Wa punya diari, juga Forrest Gump

Gua bangun dari teleku fajar. Sarungkan trek-suit, jersey nombor 20. Capai kunci motor.

Kasihan kapten sally @ mak Gua (untuk jimat huruf lepas ni Gua jadi Wa).
Terkejut betul pagi ini.
Selalunya waktu-waktu begini Wa masih masyuk bercinta dengan tikar sejadah @ syahid innalillah @ tidur.

Tapi hari ini bagai Forrest Gump.
Wa berlari.



Tapi tidaklah sepenuhnya bagai selama 3 tahun, 2 bulan, 14 hari 16 jam dari sweet home Alabama merentas US.

Wa di Taman Tasik Gombak.
Lebih kurang 43 minit 28 saat setengah (tak campur masa parking dan kunci motor)

Wa ini fresh grad engineer.
Dah 2 bulan, mengganggur.
Usaha macam-macam beb.
Jobstreet, knock door to door jalan ampang shah alam PJ, emel, pos pendek kata sebulan setengah ini semua Wa buat kecuali mandi bunga je belum.


Wa percaya rezeki tapi Wa sedih gak beb.
Apply kerja KFC, Pizza pun mereka tak panggil lagi.


Wa baca dari buku motivasi melalui menulis ini dapat memberikan kekuatan batin emosi.

Jadi hari ini Wa buka blogspot.
Wa blogging.

Untuk permulaan Wa ingin kongsi perkataan motivasi yang baru Wa dengar.
"Fokus pada kesyukuran, bukan pada kesukaran"

Ya. Wa kena syukur!
Wa diuji dengan 2 bulan menganggur, tak teruk lagi dengan ujian 2 bulan mengandung akibat skandal.

Wa kena gagah. Selamat berusaha!
Assalamualaikum.