Friday, September 23, 2011

Cita-cita dan Alam Sekitar

Di Tingkatan 4:

1.PRIAS atau Projek Riadah Alam Sekitar anjuran JAS adalah satu inspirasi. Atas dorongan guru Biologi, aku dan tiga rakan lain membentuk satu kumpulan.

2.PRIAS menjadikan kami atau aku sesuatu. Menganjurkan minggu kempen alam sekitar di sekolah, membaca, menyelidik, memberi ulasan, secara pendek: beraktiviti demi alam sekitar.

3.Kematian seorang jurutera kimia yang bertugas di JAS dipercayai dibunuh suatu ketika dahulu juga membangkitkan satu inspirasi. Rumi namanya.

4.Karamsingh Walia juga satu inspirasi. Sosok yang vokal, prihatin dengan isu-isu alam sekitar suatu ketika dahulu. Begitu besar pengaruhnya.

5.Aku jadi teruja dengan role-model dan perkara-perkara ini. Romantisme yang mengisi semangat juang menggenggam ijazah yang tersebut.

Kini sudah menggenggam ijazah yang dicita-cita. Proses mendapatkannya penuh berliku. Alam sekolah, Matrik, Form 6, Universiti aku melalui kesemuanya. Walaupun tak semuanya manis di ingatan tapi ia adalah sejarah yang aku amat hargai.

Aku belajar mengenal kawan, belajar duduk berguru, belajar menjalani hidup.
Aku belajar mengenal diri.

Aku sedar ada cita-cita yang kian pudar, di saat cinta mula berkuntum.
Ya sudahlah. Ayuh mengorak langkah! Moga mekar kedua-duanya di taman sentosa.

No comments:

Post a Comment