Saturday, February 19, 2011

Maka lihatlah.

Aku sangat suka bertukaran buku.
Atau mungkin lebih tepat meminjamkan buku.

Maka banyaklah buku aku yang tiada khabar berita setelah dipinjamkan. Tapi aku percaya buku aku tu tak sia-sia walau ke dunia mana ia mengembara. Aku percaya buku adalah agen perubahan.

Yang pastinya, novel-novel ku bukanlah novel picisan. Aku bangga mengusung novel Andrea Hirata, Laskar Pelangi- sebuah novel yang bagiku wajib dibaca oleh semua. Novel-novel wacana Manikam Kalbu, Advencer Si Peniup Ney, dan Tuhan Manusia aku jaja ke mana-mana sampai mereka mengembara ke hujung antah berantah pergi tak kembali.

Di sekolah dan universiti, aku bangga novel ku berlegar dari tangan ke tangan. Walaupun bukan aku penulisnya. Tapi kata-kata seperti, "Bro novel ni memang layan. Best!" cukup membuatkan hariku bersemangat. Suka aku dapat menghibur teman dengan novel ku. Hiburan yang bukan sekadar hiburan tapi berisi.

Aku sangat suka bertukaran buku.
Dan salah seorang teman bertukaran bukuku adalah sepupu ku.

Jika aku membekalkannya novel-novel. Beliau pula menawarkan buku-buku motivasi.

Hari ini beliau berlepas ke luar negara untuk melanjutkan pelajaran.
Maka sudah aku siapkan sebuah buku untuk dihadiahkan di lapangan terbang.
Moga buat bekalan ke sana.

 Namun kali ini bukan novel tapi sebuah buku yang lebih beridentitikan dirinya- sebuah buku motivasi. Yang penulisnya pun aku kenali dari buku pinjaman beliau.

"Maka Lihatlah"

Moga anda sukses di sana!

No comments:

Post a Comment