Tuesday, February 8, 2011

Hajime Shinkai


Aku meminati drama-drama jepun Takuya Kimura.

Beliau menjadi pemain hoki (Pride), tukang gunting (Beautiful Life), tukang kayu (Tsuki No koibito), pilot junior (Goodluck) dan cikgu-turn-president (Change).

Pemain hoki yang penuh ghairah, tukang gunting yang penuh teliti, tukang kayu yang penuh jiwa, pilot yang cinta pada indah langit. Drama ini meletakkan harga yang tinggi pada kerja.

Aku menjadi begitu bercita-cita, penuh idealisme bila menonton drama-drama ini.

Aku teringat kata pak Hamka, si presiden tidak boleh bersungut tugasnya lebih berat dari si tukang sampah. Tanpa tukang sampah yang membersihkan buangan, negara pasti rebah. Tanpa pemimpin negara kucar kacir. Sang Presiden tak sanggup memikul kerja si tukang sampah, si tukang sampah juga takkan sanggup memikul kerja sang presiden. Tugas kedua-duanya sama berat. Kedua-duanya saling memerlukan. Tuhan tidak zalim. DIA meletakkan beban atas hambanya apa yang hanya sanggup dipikul hambanya.

Lakonan Takuya membuatkan aku ingin menjadi seperti Hajime Shinkai, Satonaka Haru, Asakura Keita, dan Okishima Shuji dalam kerja sebagai operator pizza.

Selepas seminggu bertugas di konti, aku mengerti peribahasa "Hungry stomach makes an angry man", dan "Penantian itu satu penyiksaan". Rata-rata pelanggan ada bahasa. Tetapi sesekali bertemu juga dengan caci maki. Aku cuma pengutus pizza, bagaimana pula pengutus kebenaran? Pasti... pasti lebih hebat tribulasinya.

Aku menginsafi diri.
Salam Maulidur Rasul. Selawat dan salam kepada junjungan rusul.

No comments:

Post a Comment