Friday, September 23, 2011

Cita-cita dan Alam Sekitar

Di Tingkatan 4:

1.PRIAS atau Projek Riadah Alam Sekitar anjuran JAS adalah satu inspirasi. Atas dorongan guru Biologi, aku dan tiga rakan lain membentuk satu kumpulan.

2.PRIAS menjadikan kami atau aku sesuatu. Menganjurkan minggu kempen alam sekitar di sekolah, membaca, menyelidik, memberi ulasan, secara pendek: beraktiviti demi alam sekitar.

3.Kematian seorang jurutera kimia yang bertugas di JAS dipercayai dibunuh suatu ketika dahulu juga membangkitkan satu inspirasi. Rumi namanya.

4.Karamsingh Walia juga satu inspirasi. Sosok yang vokal, prihatin dengan isu-isu alam sekitar suatu ketika dahulu. Begitu besar pengaruhnya.

5.Aku jadi teruja dengan role-model dan perkara-perkara ini. Romantisme yang mengisi semangat juang menggenggam ijazah yang tersebut.

Kini sudah menggenggam ijazah yang dicita-cita. Proses mendapatkannya penuh berliku. Alam sekolah, Matrik, Form 6, Universiti aku melalui kesemuanya. Walaupun tak semuanya manis di ingatan tapi ia adalah sejarah yang aku amat hargai.

Aku belajar mengenal kawan, belajar duduk berguru, belajar menjalani hidup.
Aku belajar mengenal diri.

Aku sedar ada cita-cita yang kian pudar, di saat cinta mula berkuntum.
Ya sudahlah. Ayuh mengorak langkah! Moga mekar kedua-duanya di taman sentosa.

Wednesday, September 14, 2011

36 fardhu sepi

lewat
aku terlewat
dari jauh
suara imam membaca doa

fardhu ku
tak berjamaah
aku ingin
menangis dalam
isyak
sendiri

jalan yang ku susur
adalah jalan sepi

yang terakhir
di surau kecil ini
menutup belasan suis

gagal fardhu ku
pada sendiri
aku menangis
dalam
dini nan sepi.

lewat
aku terlewat
sedu sedan
berdoa sendiri.

tuhan kau maha mendengar.
tuhan kau maha mengetahui.
ada hamba-Mu mahu didengari.


14.9.11 sarawak

Sunday, September 11, 2011

35 bicara

begitu begini
sesedap hati
berkata
melaung.

sampah.

lalu
aku
jadi kelu.

"janganlah petah berbicara,
tapi kudrat tak berjasa"

lalu
aku
bermula dengan kelu.
membina kata
dari sukma.

"resam anjing
suka bersalak-salakan"
pekerti anjing kenapa ditiru?

bukankah nabi mengajar,

"jika bicara, bicaralah yang baik,
atau berdiam sahaja sebaiknya."

Saturday, July 2, 2011

Friday, July 1, 2011

34 janjitemuduga

keluar pagi untuk bertemu dari rumah. bersama ijazah. jauh tidak mengapa. bermotor. mencari tidak mengapa. lalu hujan. alhamdulilah mencurah. masih tidak basah. sejuk tidak mengapa. lalu diduga. janji manusia dingin. hanya mahu, tidak mahu tahu. sebentar. hati satu patah seribu. layu. sayu.

keluar pagi untuk bertemu dari rumah. bersama sejadah. jauh tidak mengapa. bermotor. mencari tidak mengapa. lalu hujan. alhamdulilah mencurah. basah sedikit. sejuk tidak mengapa. lalu menduga. janji Tuhan kasih. tidak hanya tahu, maha tahu. sebentar. rahmat satu dari seribu. sayu. merayu.

dan pagi kembali pagi. dingin beransur hangat. seri pagi demi kuntum berkuntum. lalu semua. menjadi tidak mengapa lagi. lalu semua. tidak mengapa lagi. alhamdulilah mencurah. basah. hangat. bersama.

Thursday, June 30, 2011

Pohon Willow




Lena sepanjang hari
Menanti terbenam matahari
Ku sangkut pakaian
di ampaian

Bila aku mati
Akan ku gantung kepala di sebelah pohon willow
Bila aku mati
adalah saat aku merdeka

Ambil jasad ku
Letaknya di dalam bot
Nyalakan api
gunakan minyak tanah

Ambil jasad ku
Letakkan di dalam bot
Nyalakan api
Layarkan ke lautan


Nota: Terjemahan bebas dari lirik lagu Willow Tree - Chad VanGaalen

Tuesday, June 21, 2011

33 Ini hanya untuk mengatakan

Sebji epal hari ini
janganlah bermimpi
tersisa keesokannya.

Tuan Carlos,
peti ais adalah
daerah komunis
di rumah bujangan.


Nota: Tribut puisi This is just to say,  William Carlos William (1883-1963),   

Sunday, June 19, 2011

Ame ni mo makezu

雨ニモマケズ
風ニモマケズ
雪ニモ夏ノ暑サニモマケヌ

ame ni mo makezu
kaze ni mo makezu
yuki ni mo natsu no atsusa ni mo makenu


Jangan ditewas hujan,
mengalah
tidak pada angin.

Jangan ditunduk salju musim dingin,
mengalah
tidak pada hawa musim panas.


Ame ni mo makezu oleh Kenji Miyazawa (1896-1933)
Nota: Terjemahan bebas dari teks Inggeris David Sulz.

Sunday, June 12, 2011

32 Pena statik

Tertinggal
kota peribadi.
Rebah
destar sendiri.

Cinta,
aku
ingin
mati
berdarah
puisirevolusi.

Sunday, May 29, 2011

31 Ke manalah destarnya

Ke manalah destarnya
menyepak raga
janganlah dendam
menikam angin
ayam tak bertaji
masih berdiri.



Gombak 29-5-2011

Thursday, May 26, 2011

30 Kata

pena
tidak kerana nama
kata kita
dititip

kata
tawarkan kebenaran
pena kita
membina

pena
penghurai simpulan
kata kita
damai


Gombak 26-2-2011

29 Penyair

+Siapakah penyair kegemaranmu wahai anak muda?
-Penyair yang hebat bukan main guru.

+Siapa?
-Penyair Anonymous!

Monday, May 23, 2011

28 Aku di sini

Hujan yang turun
tak mengalahkan
satu
pasangan tua
yang masih berdiri
berkongsi payung
sama-sama memegang panji
kepedulian.

Aku
seorang anak muda
terasa berdosa
jika tak terus berdiri
di sini.


Jalan Yap Kwan Seng 19-5-2011

27 Kongsi

Telah Tuhan kurniakan
zaman ini
dunia yang semakin tak berjarak
dunia perkongsian maklumat

lalu hari ini apa yang dikongsikan?

di ruangan wajahbuku,
kita berkongsi duka dan malang,
kata yang tak berisi
dan kekosongan
kata terbit dari perasaan
kata permusuhan
kata sindir untuk menghiris
kata yang tak berakal.

kawan,
hari ini apa yang dikongsikan
takkan terlepas dari perhitungan esok

Gombak 23-5-2011

Friday, May 20, 2011

26 Dengarlah

jangan pilih jalan gelap

tolong
petik suis lampu itu


Gombak 20-5-2011

Thursday, May 19, 2011

25 Sirli

mukmin itu
umpama ikan dalam air
tenang

munafik itu
umpama burung dalam sangkar
gelisah

entah atas apa kicau-kicau itu
mungkin murni berkongsi
mungkin sepi kekosongan

kepada siapalah kicau-kicau itu
di domba-dombakan
menangkah sorak di situ?

senang-senang
air mengalir
tahu hulunya

senang-senang
bicara
fikir-fikir dahulu


Gombak 19-5-2011

Wednesday, May 18, 2011

24 Kedai buku

lot ini dulu
kedai buku
meski kecil
begitu bercita-cita

kadang-kadang singgah
aku
membeli

tetapi selalunya singgah
aku
percuma membaca


lot ini
mungkin tak akan
aku
singgah lagi


lot ini dulu
kedai buku

hari ini
kedai baju.
kedai baju muslimah.


Gombak 18-5-2011

Tuesday, May 17, 2011

23 Perbarisan

dalam latihan perbarisan lalu kita bertemu bersalam kenal di saat komandan memberi rehat ketika sendiri kamu membuka bicara bertanya isi saya memberi sekadar pandangan dan besok kata kamu akan bertanding di barisan paling belakang sembunyi-sembunyi saya menonton kamu di pentas dan itu kisah semalam namun hari ini saya masih sembunyi-sembunyi menonton kamu di atas pentas puisi kamu sentiasa saya simpan kerana suka membacanya moga kita bertemu lagi dalam perbarisan dan mungkin tanpa segan berbicara berani tentang revolusi itu dan ini tanpa komandan yang mengarah kembali ke latihan perbarisan.

22 Perilaku

budi
dan
bahasa

peri
dan
laku

21 Hari tutup

dalam seminggu
ada sehari
pintu ini akan tertutup
tak akan dibuka
jadi tak usah diketuk
isnin harinya

ada yang hirau?
lanjut selasa
minggu ini


Jalan Tun Razak 17-5-11