Ku renung puisi sulung
walau tak berupa
ia merakam sejuta rasa
menukang kata
aku
buat kali pertama
17 tahun usia. Aku
menulis sebuah soneta.
Tak ku faham soneta selain pada deret baris berempat dan bertiga.
Tak ku kenal soneta selain soneta ke lapan balas
satu-satunya daripada shakespeare
sebuah teks wajib
17 tahun usia. Nekad
rasa yang menggerak sendi
ingin yang mencetus kata
sebuah nama dipahat
agar abadi di dalam baris kata-kata fana
dalam sembunyi akrostik
tercurah Dia dan puisi pertamaku.
No comments:
Post a Comment