Kanda dan Dinda
Demi Alif
Demi Ba
Demi Ta
Tuhan janjikan
kebajikan
demi setiap hurufnya
Demi Tsa
Demi Jim
Demi Ha
Sungguh
Tuhan khabarkan
mereka
yang membaca
itu berdiam dalam kebaikan
Demi Kho
Demi Dal
Demi Zal
Demi Ro
Demi Zai
Pagi dan
petang
siang dan
malam
Demi Sin
Demi shin
Demi sod
Di gulita hari
akan berpelita hati
Demi Dhod
Demi Tho
Demi Dzo
Demi Ghin
Fa Qof Kaf
Lam Mim Nun
Wau Ha' Lam alif
Hamzah Ya
Akan kita ajari
anak-anak kita.
No comments:
Post a Comment