ku risik
dewi puspa
puteri seroja
ku pinang
hantar-hantaran
bintang kejora
ku majlis
para-para
kerdip sejuta
rumah berpasak marikh
tangga bergelang musytari
anak-anak kita
bebas di cakerawala
kita bahagia
berpimpin bersama
Luas bagai angkasa
bebas bagai bersayap
tak tersempadan
kerana suka kita
bersama Tuhan.
No comments:
Post a Comment